
Hormon tumbesaran
merupakan sejenis hormon yang kompleks terdiri dari 191 asid amino yang di hasilkan
di kelenjar pituitari anterior dalam otak manusia. Juga dikenali sebagai Somatotrofin,ia
dirembeskan dalam bentuk denyutan ketika kita tidur pada fasa 3 dan 4. Sebaik sahaja berada di dalam aliran darah, ianya akan
di proses di hati menjadi Insulin like Growth Factor type 1 (IGF 1), sejenis metabolit yang kuat untuk merangsang tumbesaran,
turut dikenali sebagai Somatomedin C. IGF 1lah sebenarnya yang memberi kesan
tumbesaran yang paling ketara bila dikaitkan dengan hormon tumbesaran.

Setiap hari, pengeluaran hormon tumbesaran semakin
berkurangan dengan kadar 14% se dekad. Hinggakan apabila berumur 60 tahun, kadar hormon tumbesaran yang dihasilkan cumalah
25% berbanding dengan yang dirembes ketika berumur 20 tahun. Cuba
lihat perbandingan berikut:
·
ketika berumur 20 tahun, purata produksi HGH adalah 500 microgram/sehari.
·
ketika berumur 40 tahun, purata produksi HGH adalah 200 microgram/sehari
·
ketika berumur 80 tahun, purata produksi HGH adalah 25 microgram/sehari

Penurunan hormon tumbesaran dengan usia, juga dinamakan
sebagai somatopause, berkadar terus dengan kebanyakan simptom penuaan, termasuklah kedutan kulit, rambut beruban, tenaga dan
prestasi seksual yang menurun, penambahan lemak badan dan penyakit kardiovaskular, osteoporosis dan banyak lagi. Ujian klinikal
menunjukkan bahawa dengan menggantikan hormon tumbesaran yang kurang itu, proses penuaan dapat diundurkan semula. Pelbagai
faedah hormon telah dikenalpasti dan antaranya ialah:
·
Penambahan jisim otot sebanyak 8.8% selepas 6 bulan, tanpa senaman
·
Pengurangan lemak sebanyak 14.4% selepas 6 bulan, tanpa kawalan pemakanan
·
Meningkatkan prestasi dan tenaga seks
·
Meningkatkan tahap tenaga dan stamina
·
Pertumbuhan semula organ yang mengecut dengan usia spt jantung, limpa, hati, buah pinggang dll.
·
Meningkatkan keupayaan jantung
·
Memperbaiki prestasi senaman
·
Meningkatkan fungsi buah pinggang
·
Merendahkan tekanan darah
·
Memperbaiki paras kolesterol, meningkatkan HDL dan menurunkan LDL
·
Menguatkan tulang
·
Mempercepatkan penyembuhan luka
·
Menganjal, menebal dan menggebukan kulit
·
Menumbuhkan rambut
·
Menghilangkan kedutan
·
Mengawal masalah sellulit
·
Penglihatan yang jelas
·
Memberi keceriaan
·
Meningkatkan prestasi otak
·
Tidur yang nyenyak
·
Memperkuatkan sistem immun
Sejak dahulu, rawatan menggunakan hormon tumbesaran
dengan cara suntikan sememangnya terlalu mahal, rumit untuk di amalkan, dan mempunyai kesan sampingan apabila diberi pada
dos yang tinggi. Kini, Bio-H yang diperbuat dari bahan semulajadi dan telah banyak
diuji akan kesannya berupaya meningkatkan penghasilan hormon tumbesaran. Sebagai agen yang merangsang perembesan HGH, ia menggerakkan
kelenjar pituitari untuk menghasilkan semula hormon tumbesaran yang semakin surut pengeluarannya dengan usia. Ia bukan lah
bahan kimia atau bendasing yang mengkhuatirkan, tetapi ia bertindak untuk merangsang keupayaan badan kita sendiri untuk menghasilkan
HGH pada tahap yang optima seperti zaman remaja dahulu.