
Melangsingkan
tubuh
HGH melakukan apa yang cara menguruskan
badan yang lain tidak dapat lakukan, ianya membentuk semula tubuh seperti mana yang anda inginkan, melenyapkan lemak dan membina
otot. Yang paling menarik, ianya dapat mengurangkan lemak pada perut yang selalunya sukar untuk dihilangkan dan turut berkaitan
dengan peningkatan risiko untuk sakit jantung dan kencing manis.
Di dalam satu kajian oleh Dr Daniel
Rudman, ujikaji yang dijalankan ke atas 26 orang yang berumur antara 60 dan 81 tahun yang di berikan rawatan menggunakan HGH
di dapati bahawa berlakunya pengurangan lemak sebanyak 14.4% dan penambahan jisim otot sebanyak 8.8% tanpa senaman dan pengawalan
pemakanan. Direkodkan juga penambahan kepaduan tulang sebanyak 1.6% sementara hati dan limpa membesar sebanyak 19% dan 17%
setiapnya.. Defisiensi hormon tumbesaran pada orang dewasa dan kesan rawatan hormon tumbesaran : satu kajian. Jurnal Klinikal
Endokrinologi and Metabolisma, 83(2), pl382.
Sementara kajian oleh Dr David Clemmons
dari Universiti North
Carolina pula menunjukkan bahawa HGH apabila digandingkan dengan pengawalan pemakanan akan meningkatkan
keberkesanan menguruskan badan dengan tambahan 25%.
Mengawal kegemukan
Gemuk bukanlah satu cara hidup yang
sihat. Ia bakal menyebabkan pelbagai jenis penyakit spt kencing manis, sakit jantung sehinggakan mungkin mengakibatkan penyakit
kanser. HGH merupakan penyelesaian bukan sahaja untuk mengurangkan lemak badan malah turut dapat menyelesaikan masalah yang
berkait dengan kegemukan.
Kajian dilakukan pada tahun 1997 oleh
sekumpulan penyelidik dari Sweden di ketuai oleh Johannson dan Bengtsson di Hospital Universiti Salgrenska melibatkan 30 orang
pesakit berumur antara 48 dan 66 tahun. Kumpulan yang diberikan rawatan HGH bukan sahaja kehilangan berat badan dengan ketara
( kumpulan placebo didapati menunjukkan penambahan berat badan), mereka turut mempunyai metabolisma gula yang lebih baik,
tekanan darah yang terkawal, penurunan jumlah kolesterol dan triglyserida di mana LDL ( kolesterol jahat) berkurangan sementara
HDL(kolesterol baik) bertambah.
Kesan terhadap metabolisma, kepadatan dan kekuatan tulang

HGH meningkatkan penstrukturan dan kitaran semula jisim tulang. Ia memperbaiki fungsi osteoblastik yang mana membuatkannya
berfaedah untuk menguatkan tulang terutamanya selepas putus haid. Merawat osteoporosis dengan menggunakan HGH mungkin berfaedah
disebabkan peningkatan metabolisma tulang dan kepadatannya yang semakin bertambah, Dr Ziegler R, Jabatan Perubatan Internal,
Universiti Perubatan Heidelberg, Jerman.
Kajian dari Sweden
turut menunjukkan bahawa dengan menggunakan HGH, didapati kepadatan dan kekuatan tulang semakin bertambah. Kalsium, osteocalcin
dan 2 jenis kollagen yang mana bertanggungjawab terhadap pembentukan tulang didapati semakin bertambah. Di dalam kes osteoporosis,
saintis berpendapat bahawa bukan sahaja mereka dapat menurunkan risiko patah tulang malah dapat menyamakan kembali risiko
tersebut seperti orang kebiasaan.
Melegakan stress
Dr Thiery Hertoghe, Presiden kepada
Akademi Perubatan Hidup Berkualiti dan Kesejahteraan, Eropah menggelarkan HGH
sebagai juara segala hormon. Ianya begitu berkesan untuk menghilangkan kemuraman disebabkan penuaan. Di masa yang sama ia
menenangkan, meningkatkan konsentrasi dan fokus, membina keyakinan dan jati diri.
Hertoghe menegaskan, Anda boleh lihat
punca sesuatu masalah dan menyelesaikannya. Saya merupakan pemimpin dalam banyak institusi, tapi saya tidaklah menjadi stress
disebabkannya. Saya mendapat kreativiti dan penyelesaian baru. Hormon tumbesaran memberikan anda ketenangan yang tak terkata,
membuatkan anda aktif dan tidak pasif. Anda bertindak tanpa ragu-ragu.
Kajian di Belanda pula menunjukkan bahawa
kekurangan HGH dikaitkan secara terus dengan masalah memori ikonik, jangka pendek dan panjang termasuklah kecekapan tindakan.
Semakin kurang tahap IGF 1dalam darah, semakin rendahlah tahap IQ dalam pelajaran seseorang itu.
Memulihkan tenaga
Antara kesan yang paling awal dirasakan
setelah mengamalkan HGH, selalunya dalam masa beberapa hari , ialah peningkatan tenaga. Penyelidik
dari Hospital St. Thomas di London juga mendapati bahawa HGH memberi kesan yang ketara bagi memulihkan
tenaga dan kecergasan badan. Dengan meningkatkan metabolisma sel dan rehidrasi tisu badan, ia membantu menaikkan paras tenaga
dan memberi rasa sihat kepada seseorang. Ia berkesan memulihkan masalah chronic fatigue
syndrome dengan membekalkan tenaga yang diperlukan.
Memberi tidur yang nyenyak
Mengikut Dr Steven Harvey, Corak tidur
yang normal, terutamanya yang melibatkan tidur REM dan tidur gelombang perlahan,
adalah bergantung kepada HGH, yang dirembeskan ketika permulaan tidur. Oleh itu seseorang yang kekurangan tidur akan merasakan
begitu letih keesokkan harinya disebabkan pengurangan rembesan HGH. Menurut penyelidik dari Universiti Chicago, Dr Eve Van
Cauler, seseorang yang sudah berumur menghadapi masalah untuk tidur yang nyenyak. Mereka kurang bermimpi, terjaga lebih kerap
di waktu malam dan mendapati kesukaran untuk tidur semula. Dengan HGH, pesakit didapati memberi respons yang tidur mereka
lebih nyenyak dan merasa kepuasan beristirehat.
Menajamkan penglihatan
Perubahan pada tahap penglihatan merupakan
salah satu petanda penuaan yang paling ketara. Kehilangan keanjalan pada lensa mata bemula seawal 30 tahun dan akan menjadi
lebih nyata ketika mencapai umur 40 tahun. Ini dinamakan rabun dekat dan memerlukan kaca mata bifokal jika ingin membaca.
Secara perlahan penglihatan pula akan menjadi kurang jelas ketika berumur 45 tahun. Cahaya yang sampai ke retina mata akan
menjadi semakin kurang dan ini akan menyukarkan terutamanya ketika memandu di waktu malam. Adaptasi kepada cahaya yang semakin
lemah ini menyebabkan seorang yang berumur seolah-olah menjadi buta seketika apabila terdedah kepada cahaya matahari yang
terang dengan tiba-tiba. HGH memberi kesan yang positif untuk penglihatan seseorang terutamanya apabila mula menua. Ianya
memperbaiki penglihatan di waktu malam, adaptasi kepada cahaya menjadi semakin baik dan ketajaman penglihatan meningkat dengan
begitu ketara sekali.
Mengundurkan pengecutan otak dan organ-organ yang lain.

HGH bertindak mengembalikan saiz otak
dan organ yang lain di dalam badan yang mengecut disebabkan penuaan. Menurut pakar neurologi, Dr Robert Terry dari Universiti
California di San Diego, sel-sel
di otak tidak mati tetapi mengecut apabila berumur. Apa yang hilang ialah sambungan di antara sel yang di panggil dendrits.
Ianya merupakan unjuran cabang yang menyambungkan sel-sel saraf di dalam otak. Otak tidak berkemampuan untuk mewujudkan sel
neuron yang baru sepertimana yang berlaku di kulit, darah ataupun usus yang mampu untuk menumbuhkan sel-sel baharu. Tetapi apabila di rangsang dengan hormon tumbesaran, sel-sel neuron tersebut mampu melahirkan cabang-cabang
dendrits yang baharu. Dan sel-sel otak yang lain seperti sel glial, yang memberi zat kepada sel neuron, turut akan bercambah
semula.
Meremajakan kulit
HGH ialah satu-satunya rawatan anti-penuaan
yang membuatkan seseorang itu tampak muda. Ia meningkat sintesis protein baharu yang terletak di lapisan bawah kulit seperti
kollagen dan elastin. In akan menjadikan kulit semakin tebal disebabkan oleh penambahan protein tersebut. Sementara itu, kesan
anti-natriuretik membantu kulit untuk mengekalkan hidratasi nya dan memberikannya rasa lembut, licin dan gebu.
Dr Daniel Rudman yang mengendalikan
ujikaji selama 6 bulan ini mendapati bahawa tebal kulit semakin meningkat sebanyak 7.1%. Lebih dari 67% melapurkan keberkesanan
terhadap tekstur dan keanjalan kulit, sementara 61% menyatakan kedutan kulit semakin hilang dan 38% menunjukkan penumbuhan
rambut. Pengguna selalunya akan merasa perubahan setelah bebarapa minggu mengamalkan Bio-H.
Kedutan yang halus akan hilang sementara kedutan yang kasar akan tampak kurang ketara, lemak di bahagian muka akan
berkurangan sehinggakan kumpulan lemak di bawah kelopak mata tidak lagi kelihatan. Otot
yang menyokong kulit muka menjadi semakin kuat membuatkannya tampak semakin
tegang.
Menurut Dr Vincent Giampapa, seorang
pakar bedah plastik dan salah seorang pengasas kajian antipenuaan, Apabila kita menjadi tua, kulit muka menjadi kendur dan
wujudnya kedutan-kedutan halus di muka. Dengan HGH, lapisan elastin dan kollagen menjadi semakin kuat, kedutan halus mula
hilang. Kulit semakin anjal dan tidak nampak ianya kendur dengan ketara.
Meningkatkan keupayaan seks
Pengurangan keupayaan seks pada lelaki
menurun berkadar terus dengan berkurangnya HGH di dalam badan. Ianya memuncak ketika baligh dan akan semakin menurun dengan
usia sehinggalah apabila berusia 80 tahun, 75% dari lelaki mengalami masalah mati pucuk.
Dalam satu kajian oleh Dr L. Cass Terry
dan Dr Edmund Chen, 75% dari orang dewasa yang mempunyai HGH yang rendah serta mengalami gangguan fungsi seksual menunjukkan
penambahan keupayaan seks setelah di rawat dengan HGH. 62% dari mereka berupaya bertahan lebih lama. Manakala wanita pula
menampakkan kesan secara meningkatkan keinginan seks dan kenikmatan senggama yang lebih memuaskan dan berupaya mencapai kemuncak
dengan kerap dan berbilang kali.
Bermula apabila berusia 40 an, organ
zakar dan kelentit akan semakin mengecut. Menurut Dr Chein, apabila kita mengekalkan hormon HGH kepada paras seorang yang
berumur 20 tahun, saiz zakar dan kelentit akan kembali asal. Sementara Dr Baxas
yang telah menggunakan HGH di dalam rawatannya sejak tahun 1990 lagi menyatakan, Saiz zakar meningkat. Ia adalah organ yang
boleh mengembang. Para pesakit saya memberi tahu saya yang mereka semakin berminat dan semakin aktif
dalam hubungan seks. Mereka mengalami orgasm yang berbilang kali. Ada di antara
kalangan pesakit lelaki yang menyatakan kepada saya bahawa adalah lebih bagus sekarang dari ketika mereka berumur 20 tahun
dahulu.
Regenerasi saraf
HGH menunjukkan potensi yang besar untuk
merawat pesakit dan kecederaan saraf. Telah dibuktikan bahawa HGH mampu merawat
dan menyambungkan semula saraf yang rosak dan putus sepanjang 6 mm dan juga dapat meningkatkan aktiviti sel motorneuron di
saraf tunjang. Penyakit saraf yang serius seperti amyotrophic lateral sclerosis
(ALS), Charcot-Marie-Tooth syndrome, Parkinson, Multiple Sclerosis dan penyakit Alzheimer dapat memenfaatkan dari rawatan
HGH.
Memulihkan fungsi paru-paru
HGH telah ditunjukkan mampu untuk meningkatkan
keupayaan untuk senaman, memaksimakan pengambilan oksigen, meningkatkan keupayaan pernafasan dan jantung. Ia menjanjikan rawatan
kepada pesakit emfysema dan masalah pernafasan kronik yang lain.
Dr David Clemmons, ketua bahagian endokrinologi
dari Universiti perubatan North Carolina membuktikan bahawa rawatan menggunakan HGH mampu meningkatkan keupayaan inspirasi
dengan maksima sebanyak 10 ke 12 mm Hg secara purata. Ia turut memperbaiki keupayaan expirasi
yang disukat sebagai FEV1 ( forced expiratory volume). Ini sebenarnya membolehkan kita untuk merawat pesakit yang semakin
semput seperti mereka yang mempunyai masalah pernafasan kronik (COPD).
Membantu jantung
Dari kajian oleh Dr Bengtsson dari Universiti
Goteborg, pesakit yang kekurangan HGH mempunyai risiko yang lebih bagi menghidapi masalah jantung. Mereka mempunyai risiko yang tinggi dalam bentuk kandungan lemak badan semakin bertambah, LDL yang tinggi
dan HDL yang rendah, kepekatan triglyceride yang tinggi, lebih fibrinogen dan plasminogen activator inhibitor 1, meningkatkan
tekanan darah dan menjadikan seseorang itu lali kepada insulin.
Rawatan dengan menggunakan HGH meningkatkan fungsi jantung dan melindungi sistem kardiovaskular dengan mengurangkan
lemak terutamanya di bahagian perut, memperbaiki profil kolesterol dan menurunkan tekanan darah. Kesan pengubahsuaian terhadap lemak akan mengurangkan kolesterol yang berada dalam pengaliran darah dan
seterusnya mengurangkan risiko salurdarah tersumbat olehkerana pemendakan lemak tersebut. Sebuah
artikel yang diterbitkan pada tahun 1996 di dalam majalah New England Journals of Medicine mendakwa kesan HGH mampu merawat masalah sakit jantung dengan meningkatkan ketebalan dinding ventrikel kiri jantung, meningkatkan
keupayaan jantung untuk mengecut dan mengepam keluar darah, mengurangkan keperluan oksigen oleh jantung dan meningkatkan keupayaan
diri untuk bersenam.
Menguatkan sistem immun
Pada ketika mencapai keremajaan, tahap
sistem immun badan kita adalah paling kuat. Dengan meningkatkan HGH dalam badan
kita ke paras tersebut, ianya akan memberi tahap ketahanan badan yang sempurna untuk mencegah dari penyakit seperti auto-immun,
kanser dan penyakit berjangkit. Kajian dari Dr Keith Kelly, seorang pakar immunologi dari Universiti Illinois ini juga menunjukkan
bahawa dengan mengembalikan paras HGH, ianya akan meningkatkan aktiviti sistem immun badan kita seperti : penghasilan antibodi
yang baharu, peningkatan produksi T-cells dan interleukin 2, peningkatan percambahan dan aktiviti sel darah putih yang melawan
penyakit, peningkatan aktiviti sel anti-kanser, merangsang makrofaj yang melawan kuman, mencepatkan kematangan sel neutrofil,
meningkatkan erythropoeisis dan produksi sel darah merah. Kesemuanya jelas menunjukkan peningkatan yang nyata.
Membantu pesakit AIDS
HGH tidak menyembuhkan penyakit AIDS
tetapi menunjukkan keupayaan untuk memanjangkan tempoh hayat pesakit itu. Peningkatan
jisim badan akan membuatkan mereka tidak begitu terdedah kepada jangkitan kuman. Apabila pesakit AIDS diberi rawatan dengan
ubat anti-virus seperti AZT (azathioprine), HGH membantu dengan merangsang penghasilan sel darah merah yang selalunya berkurangan
disebabkan kesan sampingan rawatan dengan AZT. Disebabkan HGH juga mampu meningkatkan sistem immun badan, ini akan meningkatkan
keupayaan pesakit AIDS menentang jangkitan kuman seperti pneumocystis carinii dan
Kaposis sarcoma, lantas meningkatkan mutu dan hayat pesakit AIDS.
Memulihkan keadaan orang tua
Selera orang tua selalunya berkurangan terus menerus, yang mana juga disebutkan sebagai anorexia
orang berumur, ini menurut Dr Fran Kaiser, Pengarah Geriatrik di Pusat Rawatan
dan Penyelidikan Geriatrik di St. Louis. Kajian terkini menunjukkan pengurangan
penghasilan HGH pada orang yang berusia menyebabkan keadaan malnutrisi dan kurus pada mereka, kata Kaiser. Dalam satu ujian double blind, beliau merumuskan bahawa HGH
bukan sahaja meningkatkan metabolisma dan kesihatan fizikal pada orang tua malah meyebabkan mereka merasa sihat kerana mereka
mula berselera dan makan seperti biasa. Ini akan memulihkan keadaan malnutrisi
pada orang yang berumur.
Membantu pesakit kencing manis
Dr Greg Fahy dari Institut Penyelidikan
Perubatan Naval mendedahkan bahawa dalam penyelidikan beliau yang masih belum diterbitkan menunjukkan yang hormon tumbesaran
begitu berkesan bagi pesakit kencing manis dan beliau mungkin menjumpai kaedah yang boleh merawat kencing manis dengan menggunakan
HGH. Dua kajian berasingan turut mencadangkan bahawa IGF-1 yang diberikan secara
sendirinya akan mengurangkan dos suntikan insulin yang diperlukan oleh pesakit diabetes.
Mempercepatkan penyembuhan luka
Regenerasi dan proses membaikpulih sel
adalah di bawah pengaruh HGH dan faktor tumbesaran yang lain. Keberkesanan ini
telah pun digunapakai bagi merawat pesakit yang cedera, melecur, ketika pulih dari pembedahan ataupun pesakit kekurangan zat.
Kajian pada manusia mengenai penyembuhan luka menunjukkan HGH merangsang pembentukan kollagen, meningkatkan kekuatan ketegangan
pada luka yang seterusnya mendorong luka sembuh dengan lebih cepat. Ia turut digunakan untuk merawat ulser pada kaki dan selepas
pembedahan. Ianya membantu penyembuhan luka pembedahan dengan cepat, menguatkan tulang yang patah dan memulihkan otot yang
lemah dan mengecut.
Penumbuhan rambut
HGH tidak ketinggalan menampakkan kesan
tonik pada rambut. Satu kajian oleh Terry dan Chein ke atas 202 pesakit, menunjukkan kesan penumbuhan rambut pada 38% dari
mereka. Rambut tumbuh dengan cepat dan lebat, kata Elmer Cranton, yang turut mengalami penghitaman rambut ubannya. Ada
yang mendakwa penumbuhan rambut pada tempat yang dahulunya licin dan botak. Kuku kaki dan tangan turut tumbuh dengan lebih
cepat dan kelihatan lebih menarik, menurut McNair, yang juga menyatakan bahawa keningnya juga tumbuh dengan lebih lebat.