
Jika anda
tergolong di dalam sepertiga dari generasi yang berumur dan mempunyai kekurangan HGH dengan ketara, rawatan HGH dengan menggunakan
suntikan adalah menjadi pilihan buat anda. Tetapi jika anda tergolong di dalam
dua pertiga yang telah melewati umur 45 tahun, yang masih menghasilkan HGH walaupun
sedikit, anda akan mendapat kesan penambahan HGH yang sama dengan kos yang murah dengan hanya menggunakan zat pemakanan yang
mampu merangsang pengeluaran HGH anda secara sendiri dan semulajadi. Anda boleh gunakannya dengan selamat, berkesan dan menjimatkan.
Dr Ronald Klatz, Presiden Persatuan Perubatan Anti-Penuaan.
Apakah sebenarnya Bio-H?
Kajian menunjukkan bahawa cara yang paling
bagus untuk meningkatkan paras HGH ialah dengan merangsang keupayaan badan untuk menghasilkan HGH dengan sendirinya. Kajian terkini juga menunjukkan bahawa kelenjar pituitari yang berumur mempunyai keupayaan
yang sama untuk menghasilkan HGH seperti kelenjar pada orang muda. Bio-H ialah
sejenis sekretagog, iaitu sejenis agen yang merangsang perembesan HGH secara semulajadi. Dirumus dan diformulasikan menurut
kajian saintifik dan klinikal yang menyeluruh oleh pakar saintis yang berwibawa, Bio-H merupakan ramuan asid amino dan zat
pemakanan yang telah dibuktikan mampu menaikkan penghasilan HGH dan IGF-1 di dalam badan secara semulajadi. Badan kita mempunyai mekanisma kawalan yang cekap ianya tidak akan menghasilkan kandungan HGH yang berlebihan
dari diperlukan. Badan kita lah sebenarnya yang mengetahui kadar yang tepat bagi
rembesan HGH yang diperlukannya.
Kandungan utama di dalam Bio-H
terdiri dari :
- Susu awal lembu (kolostrum)
Susu awal
lembu ataupun kolostrum ialah sejenis cecair kompleks yang kaya dengan khasiat pemakanan, antibodi dan faktor tumbesaran termasuklah
IGF-1. Dalam kajian pada bulan April, 1997, 6 orang penyelidik dari Finland
mendapati bahawa dengan memakan kolostrum dapat meningkatkan kandungan IGF dalam darah. Di samping kesan menggalakkan perembesan
HGH, kolostrum juga mempunyai pelbagai khasiat termasuklah untuk mengatasi jangkitan kronik.
Dr Marie Welch MD menyatakan, Kolostrum membantu pesakit bronchitis, hepatitis, sinusitis yang berulang, jangkitan
kuman pada saluran air kencing, herpes dan candidiasis. Saya memberikan kolostrum
untuk menguatkan sistem immun seseorang. Faktor yang meningkatkan sistem
immun adalah seperti berikut :
Immunoglobulin termasuklah IgA, IgD, IgE, IgG dan IgM yang mempunyai tugas masing-masing. Secara am, mereka meneutralkan toksin dan melawan jangkitan kuman.
Lactoferrin iron-binding
protein mempunyai kesan anti-kuman. Ianya mengurangkan risiko menghidapi kanser, AIDS, herpes, sindrom keadaan letih berpanjangan,
candidiasis dan jangkitan yang lain.
Hormon proline-rich
polypeptida mengawal aktiviti thymus dan merangsang immuniti.
Sel darah putih yang merangsangkan penghasilan interferon bertindak mengurangkan
keupayaan reproduksi virus dan menghalang keupayaan virus menembusi dinding sel.
Bahan hidrolisis lysosyme bertindak menguatkan sistem immun.
Enzim seperti lactoperoxidase thiocyanate, peroxidase dan xantine yang mengeluarkan hydrogen peroksida bagi tujuan
memusnahkan kuman.
Cytokines yang juga sejenis interleukin bertindak mengawal komunikasi antara
sel, meningkatkan aktiviti T-cells dan pada amnya menguatkan sistem immuniti.
Glycoproteins dan Trypsin inhibitors
bertindak menghalang faktor immun dan tumbesaran di dalam kolostrum dari dimusnahkan di dalam perut dan usus. Ia nya turut
menghalang kuman Helicobacter pylori dari melekat di dinding perut.
Hormone peptida lymfokines mengawal respons tindakbalan sistem immun
Oligo polysakkarida dan glycoconjugate sakkarida bertindak menarik dan melekat pada kuman seperti streptococcus, salmonella,
cryptosporidia, giardia, entamoeba, shigella clostridium, escharichia, difficiles toxin A & B, dan cholera yang mana akan
menghalang mereka dari menembusi dinding sel usus.
Pelbagai faktor immun seperti lactoglobulin, haemopexin, alpha 2-AP glycoprotein dan banyak lagi.
Kolostrum
turut bertindak sebagai immunomodulator, iaitu membenarkan sistem immun seseorang
mengolah dan memperbaiki sendiri tindakbalasnya yang mana dapat mengatasi masalah auto-immun seperti rheumatoid athritis.
Dr Leo Galland,
MD membuktikan bahawa kolostrum dapat memperbaiki masalah ketelusan dinding usus yang jika terlebih poros, akan membuatkan
badan manusia menyerap toxin hasil dari tindakbalas kimia oleh kuman di dalam usus. Simptom yang wujud hasil gejala ini termasuklah
letih, lesu, sakit sendi dan otot, sakit kepala dan ruam kulit. Keadaan penyakit yang berkaitan termasuklah sakit sendi berpanjangan,
ekzema, jerawat, psoriasis, migrain, keletihan kronik dll. Sebagai rumusan, seperti
mana yang di katakan oleh Dr Wells, Saya akan melabelkan kolostrum sebagai raja penawar semulajadi.
- Prekursor asid amino
Bio-H
mengandungi kandungan asid amino yang khusus dititratkan kepada jumlah tertentu yang mampu merangsang perembesan HGH. Menurut
pakar Dr Ronald Klatz seperti apa yang ditulis dalam bukunya, Ten Weeks to a Younger
You, Kajian saintifik terkini menunjukkan kesan positif agonist hormon tumbesaran dan aktiviti anaboliknya melalui kombinasi
asid amino dan kolostrum. Prekursor asid amino glutamine peptida, arginine, lysine, ornithine, glycine dan kolostrum merupakan
perangsang semulajadi HGH yang terbaik buat masa ini.
- Ekstrak gamat
Gamat digunakan
sejak berkurun lagi oleh kaum Melayu dan Cina sebagai penawar bagi pelbagai penyakit dan untuk kesihatan. Di samping kesan
gamat yang mampu melancarkan pengaliran darah, lawan radang, mengembangkan salur darah, anti histamina, penahan sakit, anti
thrombotik dll , ianya turut digunakan sebagai pemakanan tradisional untuk awet muda.
- Anti oksidan
Penggunaan
anti oksidan seperti vitamin C, E dan karotenoid sebenarnya membantu menahan penuaan pada peringkat umbinya. Ianya bertindak membasmi radikal bebas yang memusnahkan sel dan isi kandungannya. Ia membantu mencegah
penyakit jantung, kanser dan pelbagai jenis penyakit yang lain sehinggakan mampu menambah keupayaan hidup selama 10 tahun
lebih dari purata kebiasaannya. Asid askorbik di dalam Bio-H merupakan sejenis anti oksidan yang kuat dan bertindak secara
sinergistik bersama asid amino untuk merangsang perembesan HGH. Ia juga memainkan peranan penting di dalam melindungi masalah kognitif seperti nyanyuk di hari tua.
- Fosfolipid
Kandungan
sejenis lemak ini penting untuk mengekalkan keanjalan dan keporosan dinding sel supaya membenarkan pengaliran zat makanan
dan oksigen berlaku dengan lancar. Tanpa fosfolipid, dinding sel akan menjadi keras dan menyebabkan lama kelamaan sel akan
mati. Phosphatidylcholine, sejenis fosfolipid dari lecithin yang diadunkan ke dalam Bio-H amat diperlukan untuk mengatasi
masalah penurunan tahap mental dan pembakaran lemak apabila semakin menua.
- Niacin
Niacin membantu
di dalam pembakaran dan penggunaan lemak, protein dan karbohidrat. Ia turut membantu menurunkan tahap lemak, digunakan di
dalam pembuatan hormon seks dan melancarkan pengaliran darah. Ia nya juga dapat
merangsang perembesan HGH. Dua kajian saintifik menunjukkan bahawa 200mg niacin dapat menambah perembesan HGH sebanyak 8 kali
ganda.
Kesemua ramuan yang diformulasikan secara
saintifik ini, memberikan kelebihan yang ketara kepada Bio-H untuk menjadi antara perangsang
HGH yang terhebat di pasaran. Tentu Bio-H adalah pilihan anda yang terbaik demi menjaga
kesihatan dan kesejahteraan kehidupan anda buat hari ini dan esok.